KOLESTEROL PENCETUS PERTUMBUHAN SEL KANSER PAYUDARA

Kolesterol yang tinggi menyebabkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara bergerak cepat. Kesimpulan itu diperoleh selepas pasukan penyelidik dari Duke University Medical Center di Durham, North Carolina melakukan percubaan terhadap tikus makmal.

kanser payudara

Ujian pada tikus mendedahkan bagaimana produk sampingan kolesterol, yang disebut 27HC menggalakkan pertumbuhan kanser payudara dengan menyalin kesan dari hormon estrogen.

“Ini adalah penemuan yang sangat ketara. Banyak kajian telah menunjukkan hubungan antara obesiti dan kanser payudara, dan secara khusus bahawa kolesterol tinggi dikaitkan dengan risiko kanser payudara, namun ada mekanisme yang telah dikenal pasti,” kata Penyelidik Utama Dr Donald McDonnell, seperti dipetik dari mirror.

Kajian yang diterbitkan di jurnal Science mengesyorkan langkah pencegahan mahupun penyembuhan, iaitu dengan melaksanakan diet atau pola makan sihat dan mengambil statin, ubat untuk kolesterol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *