LELAKI TANPA HIDUNG, WAJAHNYA BERLUBANG KERANA KANSER

Donnie Fritts telah didiagnosis kanser yang jarang berlaku selepas mengalami sakit gigi. Untuk menyelamatkan nyawanya, doktor perlu membuang bibir atas, langit-langit dan hidungnya. Kini ada lubang besar ternganga di tengah wajahnya.

Lelaki Tanpa Hidung, Wajahnya Berlubang Besar kerana Kanser

Pada tahun 2003, Donnie Fritts (55) didiagnosis menderita Ameloblastic carcinomas, kanser agresif dan jarang berlaku yang nyaris merengkut nyawanya. Doktor memberi pilihan, menyelamatkan wajah atau hidupnya. Pembedahan 12 jam berjaya menyelamatkan nyawanya, tapi dengan kehilangan hidung, bibir atas dan langit-langit mulut, yang meninggalkan lubang besar di wajahnya. Sebahagian dahinya pun perlu dibedah.

Fritts mula merasa ada yang tidak biasa di giginya pada tahun 2002. Semasa menyantap makanan kegemarannya, steak dan kerepek, ia merasakan sakit yang luar biasa di dalam mulutnya. Keesokan harinya, ia berunding dengan doktor dan hanya diberi diagnosis jangkitan resdung dan diberi antibiotik.Namun sakitnya tidak juga berkurangan. Fritts menemui doktor lain untuk mencari penyebab pastinya. Sayang, 14 doktor yang ditemuinya memberikan diagnosis sama, tapi tak juga boleh menyembuhkan.
“Saya tahu ada yang lebih serius kerana rasa sakit Donnie semakin teruk . Dia tidak lagi boleh makan kerana begitu menyakitkan baginya untuk mengunyah,” kata si isteri, Sharon, seperti dipetik Daily Mail.Selain sakit gigi, hidung Fritts juga kemerahan tegar. Semasa menyentuhnya, ada darah yang mula mengalir. Fritts akhirnya cuba memasukkan jari ke dalam hidung dan ketulan daging besar berdarah muncul keluar. Baunya mengerikan, seperti daging busuk. Fritts dan isteri akhirnya memutuskan menemui seorang pakar di luar negeri. Ia diminta melakukan biopsi untuk mengetahui penyebab pastinya.
“Berita itu sangat menghancurkan hatinya. Doktor mengatakan Donnie menderita kanser yang agresif jika tidak mengangkat sebahagian besar wajahnya, ia pasti akan mati menakutkan, kematian yang menyakitkan,” ujar Sharon.Ameloblastic carcinomas atau karsinoma ameloblastik merupakan bentuk kanser (tumor ganas) yang jarang berlaku. Sampai saat ini, hanya kira-kira 30 kes telah dilaporkan di seluruh dunia.
Kanser jarang berlaku ini biasanya berkembang di kawasan rahang. Gejala biasanya rasa sakit di rahang bengkak di sekitar kawasan rahang. Tumor ganas cenderung tumbuh secara agresif di wajah tapi tidak sering menyebar ke organ lain. Rawatan biasanya melibatkan operasi kadang-kadang radioterapi.

Pada tahun 2011, Fritts sempat dibuatkan hidung prostesis (palsu) untuk menutup lubang ternganga di wajahnya. Namun kegembiraannya singkat, kerana tidak lama selepas itu ia didiagnosis dengan jangkitan yang mengancam jiwa perlu berhenti menggunakannya. Kini Fritts tidak lagi malu bertemu dengan orang lain, meski sesekali menggunakan hidung palsu yang boleh dibuka pasang.

MINUM MINUMAN BERSODA TINGKATKAN RISIKO KANSER PANGKAL RAHIM

Kerap diberitahu pengambilan minuman bergas secara berlebihan terbukti boleh merosakkan otak. Yang terbaru, penyelidik mendakwa minuman soda yang diambil berlebihan boleh meningkatkan risiko KANSER PANGKAL RAHIM pada wanita.

Minum Minuman Bersoda Tingkatkan Risiko Kanser Pangkal Rahim

Penyelidik mengatakan mereka yang minum soda dengan jumlah paling banyak berisiko 78 peratus lebih besar untuk mengidap penyakit maut itu, berbanding mereka yang tidak banyak minum soda.

Penemuan ini dipastikan penyelidik dengan mengkaji 25,000 wanita berusia antara 50-60 tahun yang mengidap kanser endometrium atau kanser pangkal rahim selama 14 tahun. Setiap peserta memberikan data terperinci tentang apa yang mereka makan dan minum, dan separuh di antaranya mengaku kerap mengambil minuman bersoda.

Lebih 600 peserta akhirnya dilaporkan menghidap kanser pangkal rahim. Walaupun begitu pasukan penyelidik dari University of Minnesota ini tidak dapat memastikan jika wanita yang banyak mengambil minuman soda pasti mempunyai pelbagai tabiat tak sihat.

Penyelidik percaya kandungan gula di dalam minuman ringan adalah kunci yang membuat seorang wanita mengalami penambahan berat badan. Padahal sel-sel lemak yang banyak dimiliki wanita obesiti yang mencetuskan pengeluaran estrogen, hormon yang diduga mengakibatkan kanser pangkal rahim.

Selain itu wanita obesiti cenderung mempunyai lebih banyak insulin dalam tubuhnya. Hormon ini juga kerap dikaitkan dengan risiko kanser pangkal rahim.

“Sudah banyak penyelidikan yang mendokumentasikan sumbangan minuman soda buatan terhadap wabak obesiti. Sebab terlalu banyak mengambil gula terbukti dapat meningkatkan pengambilan kalori seseorang, termasuk menaikkan risiko gangguan kesihatan seperti obesiti, diabetes, penyakit jantung dan kanser,” ujar penyelidik Dr Maki Inoue-Choi.

Untuk menjaga kesihatan, minum minuman soda tidak dilarang, namun dalam jumlah yang wajar aka tidak banyak. Sebab segala sesuatu yang berlebihan kesannya tidak baik. Selain itu biasakan juga untuk bergerak bersenam secara teratur.

KANSER SERVIKS @ KANSER PANGKAL RAHIM

Kanser serviks berlaku di bahagian rahim/uterus berbentuk kon yang menyambungkan bahagian atas rahim dengan faraj. Ia terjadi apabila sel-sel abnormal di dalam lapisan serviks mula membiak secara tidak terkawal sebagai tindak balas terhadap jangkitan HPV. Sel-sel serviks yang abnormal boleh berkumpul untuk membentuk gumpalan/tumor.

KANSER SERVIKSTumor benigna/tidak berkanser tidak merebak dan biasanya tidak memudaratkan. Tumor malignan/berkanser pula merebak dari puncanya dan membesar sehingga menjadi kanser yang mengancam nyawa.

Punca-Punca

Hampir kesemua kejadian kanser serviks disebabkan oleh sejenis human papillomavirus (HPV) 6 iaitu virus biasa yang menjangkiti kira-kira separuh manusia pada suatu ketika dalam hidup mereka. Lebih dua pertiga kes kanser serviks disebabkan oleh HPV berisiko tinggi jenis 16 dan 18.

Siapakah Yang Berisiko?

Kanser serviks selalunya berlaku pada wanita dalam usia 40-an dan 50-an, ketika ramai di antara mereka membesarkan anak-anak dan menyumbang pendapatan keluarga.

Diagnosis

Pap Smear atau lumuran Pap adalah suatu ujian saringan ringkas yang biasanya dilakukan di pejabat doktor atau klinik, untuk mengesan sel-sel serviks yang abnormal atau berkanser.

Oleh sebab Pap Smear boleh mengesan perubahan serviks sebelum ia berkembang menjadi kanser, ujian ini berjaya mengurangkan kematian akibat kanser serviks dengan banyaknya sejak ia mula digunakan secara meluas pada dekad 1950-an.

Antara tahun 1950 hingga tahun 1970, bilangan kematian akibat kanser serviks di Amerika Syarikat berkurangan sebanyak 70 peratus.

Walau bagaimanapun, seperti ujian perubatan yang lain, Pap Smear tidak sempurna. Ada kalanya, ia tidak menemui keabnormalan serviks yang memang wujud.

Namun pemeriksaan yang kerap dapat membantu wanita dan penyedia penjagaan kesihatan mereka untuk mengatasi pemeriksaan yang memberikan hasil negatif yang palsu ini.

Gejala-Gejala

Perubahan prakanser dan peringkat awal kanser serviks biasanya tidak menyebabkan rasa sakit mahupun menampakkan gejala-gejala lain.

Oleh itu, adalah penting untuk menjalani pemeriksaan Pap Smear dengan kerap bagi mengesan prakanser serviks atau kanser pada peringkat yang boleh dirawat dengan paling berkesan.

Apabila penyakit ini berkembang, wanita mungkin memerhatikan salah satu atau beberapa gejala berikut:

* Pendarahan faraj abnormal

* Pendarahan antara haid

* Pendarahan selepas bersetubuh, menggunakan dus/pancutan atau pemeriksaan pelvis

* Haid yang lebih lama dan lebih banyak daripada selalu

* Pendarahan selepas menopaus/putus haid

* Lelehan yang lebih banyak dari faraj

* Rasa sakit pada pelvis

* Rasa sakit semasa bersetubuh.

Pencegahan

Kanser serviks biasanya boleh dicegah sekiranya wanita melakukan pemeriksaan Pap Smear secara berkala/kerap.

HUMAN PAPILLOMAVIRUS/HPV

Apa itu HPV?

HPV adalah sejenis virus yang biasa. Ada lebih 100 jenis HPV, yang kebanyakannya tidak berapa berbahaya, tidak menampakkan apa-apa gejala dan akan hilang dengan sendirinya. Antara kesemua ini, kira-kira 30 jenis menjangkiti bahagian alat sulit lelaki dan wanita.

Siapakah Yang Dijangkiti?

Kira-kira 630 juta orang dijangkiti HPV di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya separuh daripada kalangan lelaki dan wanita yang aktif seks akan mendapat jangkitan HPV alat sulit pada suatu ketika dalam hidup mereka.

Kira-kira 80 peratus wanita akan terjangkit menjelang usia 50 tahun. Jangkitan HPV paling lazim berlaku di kalangan pemuda-pemudi yang berusia antara 18 hingga 28 tahun.

Kebanyakan jangkitan HPV tidak menampakkan tanda atau gejala, dan virus ini boleh disebarkan walaupun tiada gejala seperti ketuat atau tanda-tanda lain yang boleh dilihat, yang timbul.

Kesan yang ditinggalkan oleh jangkitan HPV

Kebanyakan jangkitan HPV hilang dengan sendirinya dalam masa 24 bulan pertama melalui gerak balas semula jadi keimunan badan.

Jangkitan oleh jenis HPV yang berisiko tinggi iaitu jenis 16, 18, 31 dan 45, jika berlarutan, antara lainnya boleh mengakibatkan kanser serviks dan kanser lain pada kemaluan. HPV 16 dan 18 menyebabkan kira-kira 70 peratus kanser serviks.

Jenis HPV yang berisiko rendah pula boleh menyebabkan terbentuknya ketuat alat kelamin, iaitu ketumbuhan bukan kanser seumpama daging yang muncul pada bahagian alat kelamin dan sekelilingnya. HPV jenis 6 dan 11 adalah punca bagi 90 peratus kes ketuat alat sulit.

Sekali sekala, jangkitan HPV jenis 6 dan 11 oleh si ibu boleh menyebabkan bayi mendapat papilomatosis pernafasan berulang – penyakit dengan lesi-lesi tidak berkanser di dalam saluran pernafasan, menjadikan suara serak, sukar bernafas.

Diagnosis

Bagi wanita yang berusia lebih 30 tahun, suatu ujian molekul yang baru dihasilkan dapat mengenal pasti jangkitan HPV dengan lebih pasti dan berguna khususnya bersama-sama hasil ujian Pap Smear yang mendedahkan keabnormalan kecil yang mungkin disebabkan oleh jangkitan HPV.

Rawatan

Buat masa ini, tiada ubat antivirus yang boleh merawat jangkitan HPV. Namun ada pelbagai rawatan bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jangkitan HPV.

Pencegahan

Lakukan hubungan saling monogami jangka panjang dengan pasangan yang tidak terjangkit atau dengan mengehadkan bilangan pasangan seks.

Jika betul penggunaannya, kondom boleh mengurangkan risiko jangkitan HPV. Ingatlah, bahawa HPV biasanya tidak menampakkan gejala atau tanda, jadi sukar untuk mengetahui sama ada seseorang itu terjangkit ataupun tidak.

Satu-satunya cara yang 100 peratus berkesan untuk mencegah jangkitan HPV adalah dengan mengelakkan sebarang sentuhan alat sulit secara seksual dengan seseorang yang mempunyai virus ini.

Bertanyalah penyedia penjagaan kesihatan anda tentang ujian pemeriksaan Pap Smear yang kerap serta berbincanglah mengenai hasilnya dengan mereka.

Set Rawatan Alternatif Pesakit Kanser

TANDA @ SIMPTOM AWAL KANSER PROSTAT

Tanda dan Gejala Kanser Prostat

Kebanyakan lelaki yang mengidap kanser ini diperingkat awal kadang-kadang tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit tersebut.Namun ketika penyakit ini telah menunjukkan gejalanya,kemungkinan tanda-tanda di bawah akan berlaku:

simptom awal KANSER PROSTATCDR 442273 prostate cancer staging

1. Masalah kencing

  • Tidak boleh buang air kecil
  • Memiliki kesulitan memulakan atau menghentikan aliran urin
  • Sering merasa hendak membuang air kencing, terutama pada waktu malam
  • Aliran air kencing menjadi lemah
  • Rasa sakit ketika kencing

2. Kesulitan zakar mempunyai ereksi

3. Darah dalam urin atau air mani

4. Sering sakit di bawah punggung, pinggang, atau bahagian atas paha. Kadang-kadang, gejala-gejala ini disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Adalah penting bahawa anda berjumpa dan berbincang dengan doktor anda tentang gejala-gejala yang anda alami sehingga dapat didiagnosis dan dirawat segera.

Apakah Punca & Faktor Risiko Kanser Prostat

Tidak ada kajian tepat yang dapat menunjukkan mengapa kanser yang biasanya akan menyerang kaum lelaki. Namun, kajian telah menunjukkan bahawa lelaki dengan yang mempunyai faktor-faktor risiko tertentu lebih berisiko untuk mengidap kanser ini.

Kajian dan penelitian telah menemui faktor-faktor berikut yang boleh menyebabkan seseorang berisiko mengidap kanser ini:

  • Umur lebih dari 65 tahun: Usia merupakan faktor risiko utama untuk kanser prostat.Kebarangkalian untuk mendapat kanser prostat meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Di Amerika Syarikat, kebanyakan lelaki dengan kanser prostat di atas 65. Penyakit ini jarang berlaku pada lelaki di bawah 45.
  • Sejarah keluarga: Risiko anda  lebih tinggi jika ayah anda, saudara, atau anak menderita kanser prostat.
  • Bangsa: Kanser prostat lebih umum berlaku kepada lelaki berkulit hitam daripada lelaki berkulit  putih atau Hispanik / Latino.
  • Perubahan nyata kelenjar prostat: Individu yang mempunyai sel yang disebut High-Grade Prostatic Intraepithelial Neoplasia (PIN) mungkin akan meningkatkan risiko kanser prostat. Sel prostat ini akan kelihatan abnormal di bawah mikroskop.
  • Perubahan gen tertentu: Para penyelidik telah menemui kawasan-kawasan tertentu di kromosom tertentu yang berkaitan dengan risiko kanser prostat. Menurut kajian terkini, jika seorang lelaki mempunyai perubahan genetik dalam satu atau lebih dari kawasan ini, risiko kanser pros tat boleh dipertingkatkan. Risiko meningkat dengan jumlah perubahan genetik yang ditemui. Selain itu, kajian lain telah menunjukkan peningkatan risiko kanser prostat di kalangan lelaki dengan perubahan dalam gen tertentu, seperti BRCA1 dan BRCA2.

Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor risiko yang memungkinkan seseorang mempunyai kanser prostat masih di dalam kajian.Sebagai contoh, para penyelidik masih mengkaji apakah vasektomi (pembedahan untuk memotong atau mengikat  tabung yang membawa sperma keluar dari testis) boleh menyebabkan risiko, tetapi kebanyakan kajian tidak menemukan peningkatan risiko. Juga, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mendapat kanser tersebut tidak meningkat dengan menggunakan tembakau atau alkohol, BPH, penyakit yang menular disebabkan seksual, obesiti, kurang olahraga, atau diet yang tinggi lemak haiwan atau daging.

Menurut Institut Kanser Kebangsaan,cancer prostat adalah kanser yang bermula di dalam kelenjar prostat.Ianya berlaku apabila sel-sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Kadang-kadang sel ini boleh merebak dan akan menyebabkan berlakunya kanser dibahagian lain pula. Kanser prostat biasanya akan dihidapi oleh lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.

Menurut Institut Kanser Kenagsaan,di Amerika Syarikat sahaja,dijangkakan akan ada sekitar 192.280 kes baru kanser-prostat pada tahun 2009.Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)pula,kanser ini adalah kanser yang kelima paling kerap menyerang lelaki di seluruh dunia.

Prostat adalah kelenjar di dalam sistem pembiakan lelaki yang terletak  di bawah pundi kencing dan di depan rektum.Saiznya adalah seukuran dengan kelenjar tiroid yang tertutup oleh lapisan luar tisu.Ia juga dikelilingi  bahagian pertama dari urethra,iaitu saluran tempat air kecing dikeluarkan dari tubuh.

KANSER PAYUDARA DARI PANDANGAN MODEN

Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia  pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut.

kanser payudara

Kanser payudara :

  • Merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan kaum wanita di Malaysia
  • Biasanya berlaku di kalangan wanita sahaja dan jarang pada lelaki.
  • Merupakan salah satu dari kanser yang amat biasa menyerang kaum wanita
  • Jarang berlaku pada wanita di bawah umur 30 tahun
  • Insidensnya meningkat dengan umur

Sejarah Kanser Payudara

Barah payudara merupakan kanser yang paling tua di dunia yang diketahui oleh manusia sebagai kanser ketumbuhan dalam manusia. Penghuraian tentang kanser telah pun diketahui oleh orang Mesir purba sejak berkurun lamanya (walaupun istilah kanser/barah tidak digunakan ketika itu) iaitu lebih kurang 1600 BC.

Papyrus Edwin Smith telah menghuraikan 8 kes ketumbuhan atau ulser pada payudara yang dirawat dengan kaedah pengkauteran, dengan menggunakan “fire drill” (gerudi dan bakar tisu kanser yang bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser), konsep ini juga masih digunakan sekarang walaupun tanpa pembakaran. Daripada maklumat yang terdapat pada Papyrus Edwin Smith, penyakit ini, tidak mempunyai cara untuk dirawat dan terdapat satu kes lelaki telah menghidapi penyakit ini. Selama berabad-abad, para doktor tidak mampu merawat penyakit ini.Tetapi, tidak lama kemudian, apabila pemahaman tentang sistem peredaran darah pada kurun ke-17, doktor telah berjaya memahami tentang hubungan antara kanser payudara dan nodus limfa di ketiak

 PENERANGAN

Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah:

• Lobus yang menghasilkan susu

• Duktus yang menghantar susu ke puting

• Tisu lemak payudara (jarang berlaku)

Biasanya, kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.

Kanser payudara yang paling biasa berlaku ialah kanser duktus yang terjadi dalam sel-sel duktus payudara. Kanser lobular pula bermula dari lobus atau lobul. Kanser jenis ini selalunya terdapat di beberapa tempat dalam payudara. Kanser payudara inflamasi pula merupakan kanser payudara yang jarang-jarang berlaku.

Asas Saintifik

Bagi payu dara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur.

Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payudara. Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Walau bagaimanapun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payudara yang penting. Onkogen merupakan gen yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.

PEREBAKKAN SEL KANSER

Kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut :

  1. Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
  2. Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.
  3. Adalah dianggarkan jika kanser payudara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah berada dalam payudara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan.
  4. Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payudara dirasakan tertumpu pada payudara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami metastasis.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KANSER

Oleh kerana anda seorang wanita, anda memilki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara. Namun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara ini.

Faktor Risiko yang Tinggi

1. Umur; umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30’an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara. Namun begitu, angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau 40 – 45 tahun.

2. Sejarah keluarga – terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara

3. Sejarah mengidap kanser – pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

4. Pernah menghidapi penyakit payudara Benigna Proliferatif

5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun

Faktor Risiko Sederhana

1. Sejarah haid; perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Telah terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang melalui haid dalam masa yang pendek.

2. Sejarah kelahiran; wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya pada usia yang lanjut, memiliki risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini. Adalah dipercayai disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.

3. Estrogen eksogenus; wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada aras estrogen yang tinggi

 4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim.

 5. Alkohol; terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.

Faktor Risiko Lain yang Lebih Ringan

  1. Diet yang tinggi lemak juga mempunyai hubungkait dengan risiko kanser payudara. Kaitan ini telah dikenalpasti berdasarkan pelbagai kanser payudara yang menyerang masyarakat yang mengamalkan diet yang berbeza. Walau bagaimanapun, masih tiada satu bukti yang kukuh untuk menyokong teori ini dan kajian masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara ini.

TANDA-TANDA KANSER  PAYUDARA

Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payudara.

• Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.

• Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.

• Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payu dara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.

UJIAN PENGESANAN KANSER PAYUDARA

1. Pemeriksaan Fizikal

Dalam pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa bahagian luar payudara termasuklah di bahagian bawah lengan untuk mengenalpasti sebarang ketumbuhan atau perubahan yang wujud. Doktor akan dapat menentukan saiz, tekstur dan pergerakannya atau mobiliti ketumbuhan tersebut. Doktor mungkin akan mencadangkan supaya mamogram dilakukan.

2.Mamografi

Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan3-

3.Radiologi

Radiologi ialah teknik kedoktoran untuk melihat bahagian dalam badan manusia melalui pancaran radiasi gelombang,gelombang elektromagnetik ataupun gelombang mekanikal.Pada awalnya radiology lebih berbentuk sinar-x/ atau X-Ray namun kemajuan teknologi telah mencapai tahap  Ultrasonic dan MRI(magnetic resonance Imaging) iaitu gelombang  sangat tinggi untuk tisu-tisu badan yang ada kesan kanser dalam badan pesakit kanser.

4.Ultrasonografi

Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.

5.Biopsi

Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop. Terdapat dua jenis biopsi:

* Biopsi aspirasi – menggunakan jarum untuk mengambil sebahagian kecil tisu daripada ketumbuhan di payudara.

* Biopsi pembedahan – di mana ketumbuhan atau kawasan yang disyaki dipotong dan dikeluarkan untuk diperiksa melalui mikroskop.

 TAHAP DALAM KANSER PAYUDARA

Apabila kanser payudara telah dikenalpasti, beberapa ujian lain akan dijalankan untuk memastikan samada sel kanser tersebut telah merebak ke bahagian lain. Proses ini dikenali sebagai pengkelasan. Pengkelasan dapat membantu doktor untuk merancang rawatan yang sesuai berdasarkan peringkat penyakit ini.

Berikut adalah pengkelasan yang digunakan untuk kanser payudara:

Karsinoma In-Situ (Kanser Setempat)

  • Merupakan kanser pada peringkat paling awal yang berlaku dalam lebih kurang 15 -20% dari semua kes kanser payudara. Pesakit yang mengalami keadaan ini memiliki risiko sebanyak 25% untuk memperolehi kanser payudara dalam masa 25 tahun akan datang.
  • Terdapat dua jenis: kanser lobular dan kanser duktus yang masing-masing membawa risiko yang berbeza.

Peringkat I

  • Ketumbuhan (tumor) berukuran kurang dari 2 sm (lebih kurang 1 inci) dan masih belum merebak keluar dari payudara.

Peringkat II

Termasuklah salah satu dari yang berikut:

  • Tumor berukuran kurang dari 2 sm, tetapi telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan
  • Tumor berukuran 2-5 sm (1 – 2 inci) yang mungkin telah ataupun belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan.
  • Tumor yang berukuran lebih daripada 5 sm (lebih daripada 2 inci) tetapi masih belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan.

Peringkat III

Peringkat ini dibahagikan kepada peringkat IIIA dan IIIB.

Peringkat IIIA merupakan salah satu daripada yang berikut :

Tumor yang lebih kecil daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan. Nodus limfa tersebut telah melekat sesama sendiri ataupun melekat dengan struktur lain.

Tumor yang lebih besar daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan Peringkat IIIB pula terdiri dari salah satu daripada jenis berikut:

Tumor telah merebak ke tisu di sekitar payudara (kulit atau dinding dada, termasuklah tulang rusuk dan otot di kawasan dada)

Tumor telah merebak ke nodus limfa, dalam dinding dada di sepanjang tulang dada.

Peringkat IV

  • Tumor telah merebak ke organ-organ lain, biasanya tulang , paru-paru, hati atau otak
  • Tumor telah merebak ke kulit dan nodus limfa di leher, berdekatan dengan tulang selangka.

Kanser Payudara Inflamasi

Kanser payudara inflamasi adalah sejenis kanser payudara yang khusus dan jarang berlaku. Payudara tersebut kelihatan seperti mengalami keradangan disebabkan oleh warnanya yang kemerahan dan keadaannya panas. Kulit payudara kelihatan menggerutu dan berbintil-bintil. Kanser payudara jenis ini cepat merebak.

KESAN DARI RAWATAN KANSER PAYUDARA

Pembedahan, terapi sinaran, kemoterapi dan terapi hormon mempunyai kesan sampingan masing-masing

• Kesan sampingan pembedahan termasuklah bengkak, sakit dan keras di tempat pembedahan. Pesakit juga mengalami kesukaran untuk menggerakan lengan dan bahu mereka dalam masa beberapa hari selepas pembedahan.

• Kesan sampingan kemotarapi bergantung kepada jenis dadah yang digunakan, jumlah dadah yang diambil dan jangkamasa rawatan. Kesan sampingan kemoterapi termasuklah pening kepala, muntah-muntah, hilang selera makan, keguguran rambut, ketidakselesaan mulut dan gangguan kitaran haid.

• Di dalam terapi sinaran, sinaran bertenaga tinggi digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. Kesan sampingan sementara yang muncul termasuklah payudara terasa bengkak dan berat, perubahan pada kulit tempat radiasi ditujukan dan kelesuan.

• Di dalam terapi hormon, kesan sampingannya berkaitan dengan pengurangan fungsi estrogen terhadap organ reproduktif atau pembiakan wanita. Pesakit akan mengalami pendarahan melalui faraj (yang bukan haid), peningkatan berat badan dan gangguan emosi. Dadah-dadah jenis ini juga boleh menyebabkan pembekuan darah dalam saluran darah terutamanya di bahagian kaki.

RAWATAN ALTERNATIF KANSER PAYUDARA

AWAS!!! TANDA-TANDA AWALl KANSER YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

Kanser merupakan salah satu penyakit maut dan ditakuti ramai orang. Tetapi sebenarnya kanser boleh ditangani jika dikenalpasti sejak awal. Untuk itu, ada beberapa tanda-tanda kanser yang perlu diberi perhatian dan tidak boleh diabaikan.

Gejala-gejala awal kanser sering diabaikan oleh pesakit kerana dianggap boleh hilang dengan sendirinya. Padahal semakin awal kanser dikesan, maka semakin besar harapan hidup pesakit.

1. Berat badan turun secara tidak dijangka
Ramai wanita ingin sekali menurunkan berat badan tanpa senaman atau diet yang ketat, tetapi ini mungkin berubah menjadi gejala kanser kecuali bukan disebabkan oleh kelenjar tiroid hiperaktif. Oleh kerana itu, penurunan berat badan yang tak dijangka dan tidak sengaja tidak boleh diabaikan.

2. Kembung
Kembung begitu umumnya dirasakan oleh ramai orang, tetapi jika anda sentiasa merasa kembung untuk tempoh masa yang lebih panjang, maka itu adalah sesuatu yang tidak harus diabaikan. Berhati-hati dengan gejala lain seperti sakit gout, masalah kencing, masalah lemah kawalan kencing (ketidakupayaan untuk mengawal pergerakan usus) dan walaupun rasa kenyang tanpa makan banyak. Gejala-gejala ini mungkin menunjukkan tanda-tanda kanser ovari.

3. Perubahan pada payudara
Mereka biasanya mencari ketulan-ketulan, tetapi ini bukan satu-satunya simptom itu. Wanita juga mesti berhati-hati dengan kemerahan dan penebalan kulit payudara. Jika terdapat ruam untuk beberapa minggu ianya memerlukan rawatan perubatan. Mungkin ianya kanser payudara.

4. Pendarahan luar biasa
Jika anda mengalami pendarahan luar biasa antara kitaran haid, maka ia tidak patut terlepas perhatian. Malangnya, banyak wanita pramenopaus cenderung untuk mengabaikan ini. Ini boleh jadi satu gejala kanser uterus, endometrium atau kolorektal. Jika darah muncul dalam air kencing atau najis boleh jadi lebih daripada hanya buasir. Ini boleh menunjukkan kanser kolon, pundi atau buah pinggang.

5. Perubahan kulit
Berhati-hati pada perubahan-perubahan kulit seperti jeragat berlebihan, pendarahan atau pembentukan tahi lalat baru. Ini boleh jadi satu gejala barah kulit.

6. Kesulitan menelan
Kesulitan dalam menelan makanan atau tidak selesa selepas menelan makanan, jika terus berlaku selama beberapa hari, maka harus mendapat perhatian doktor. Ini mungkin menunjukkan kanser kerongkong.

7. Perubahan di dalam mulut
Jika anda seorang perokok atau mengambil segala bentuk tembakau, maka anda akan perlu memeriksa setiap tompok putih di lidah dan bahagian dalam mulut. Ini boleh menjadi tanda kanser mulut atau leukoplakia.

8. Sakit berterusan
The American Cancer Society menyatakan bahawa setiap rasa sakit terus-menerus atau sakit di dalam badan perlu diperiksa sebagai gejala kanser, walaupun semua rasa sakit tidak selalu menunjukkan perkembangan kanser.

9.Perubahan dalam kelenjar limfa
Jika terdapat pembesaran kelenjar limfa di leher atau ketiak dan berterusan selama lebih daripada sebulan, adalah perlu untuk menerima rawatan perubatan.

10. Demam dan batuk berpanjangan
Bila demam dan batuk berlaku secara berterusan tetapi bukan disebabkan oleh selesema atau jangkitan lain, maka ia mungkin satu gejala leukemia atau limfoma. Batuk boleh disertakan bersama selsema dan demam, tetapi jika batuk berterusan selama lebih dari 3 minggu, maka ia tidak harus terlepas pandang.

11. perubahan pada buah zakar
Kanser Prostat @ Kanser testis lebih lazim pada lelaki dalam kumpulan umur 20 hingga 39 tahun. Pemeriksaan sendiri testis secara tetap perlu dilakukan dan apa-apa perubahan dalam penampilan tidak harus diabaikan. Pembentukan tahi lalat baru. Ini boleh menjadi tanda-tanda kanser kulit.

Dapatkan Set Rawatan Kanser DiSINI